RANAU – Malam hujung minggu menjadi suatu malam yang cukup bermakna buat hampir 40 orang ahli kelab penyokong Manchester United Ranau (MUFC Ranau) apabila diraikan dalam satu majlis santai yang gilang-gemilang sambil menonton perlawanan terakhir English Premier League Sesi 2019/2020 antara Manchester United menentang Leicester City bertempat di Kinomulok Garden Resort, Lohan Ulu.
Majlis tersebut merupakan tajaan sepenuhnya pemilik Kinomulok Garden Resort, Tuan Zainurin Sahat yang merupakan Penasihat MUFC Ranau dengan iringan pelbagai hadiah cabutan bertuah berupa jersi Manchester United, gelas edisi terhad Manchester United dan juga wang tunai daripada Tuan Hisyamudin Harun, Presiden MUFC Ranau, Tuan Johari Suhaimin dan Tuan Romzie Likad Mohamad yang masing-masing merupakan ahli jawatankuasa utama Kelab Peminat Manchester United Ranau.
Bagaikan “orang mengantuk disorongkan bantal”, suasana di Kinomulok Garden Resort menjadi hingar-bingar dengan sorakan ceria daripada penyokong yang hadir apabila dihadiahkan bonus dengan kemenangan 2-0 mengatasi Leicester City hasil jaringan penalti oleh Bruno Fernandes dan juga jaringan sulung Jesse Lingard untuk musim 2019/2020 pada lewat minit terakhir yang disudahkan hasil kesilapan penjaga gol Kasper Schmeichel yang, anak kepada Legenda Penjaga Gol Manchester United iaitu Peter Schmeicel.
Gambar bawah: Sebahagian penyokong tegar MU Ranau▪︎
Menjadi satu kelegaan buat peminat Manchester United di seluruh dunia apabila kelab kesayangan ramai ini berjaya melonjakkan diri menduduki tempat ketiga dalam penamat liga setelah melalui musim yang merundum apabila suatu ketika hanya menduduki tempat ke-10 dalam carta liga, sambil menyaksikan suatu keajaiban dunia pada musim ini apabila Liverpool FC berjaya merangkul kejuaraan EPL buat pertama kalinya setelah menghabiskan musim ini dengan persembahan yang agak konsisten.
Antara kenamaan yang turut hadir menyerikan majlis ialah Penolong Pegawai Daerah Ranau, ADO Puan Florencia Padasian beserta rombongan dan juga Y. Bhg. Tuan Haji Junaidi Sahat, Ketua Penaja UMNO Sabah Bahagian Ranau serta rombongan, yang juga merupakan peminat setia Manchester United.