ADVERTISEMENTspot_img

KELAB D’JANGKAR RANAU MERIAHKAN ULANG TAHUN KE-8 KELAB MOTOSIKAL SABAH

Antara ahli Kelab D’Jangkar Ranau yang menyertai sambutan di UMS.

RANAU: Seramai 40 ahli Kelab Bermotosikal D’Jangkar Ranau menyertai sambutan Ulang Tahun ke-8 Kelab Motosikal Sabah yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan berakhir hari ini.

Ketua Kelab D’Jangkar Ranau, Al Ahya, berkata penyertaan mereka bukan sahaja untuk memeriahkan perhimpunan itu, malah sebagai usaha memperkukuh persaudaraan, perpaduan serta ikatan silaturahim dalam kalangan peserta tanpa mengira latar belakang, agama atau bangsa.

“Program ini memberi peluang kepada ahli kelab kami untuk berjumpa dengan rakan-rakan dari daerah lain di Sabah, malah dari seluruh Borneo,” katanya ketika ditemui media.

Menurutnya, D’Jangkar Ranau turut merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun, khususnya pada hujung minggu dan cuti umum, termasuk program khas sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September.

“Selain aktiviti riadah bermotosikal, kami juga mengadakan program kebajikan, antaranya menyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada warga emas yang memerlukan tanpa mengira latar belakang mereka,” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN