Robert (kiri)menyampaikan sumbangan kepada.Roland.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menghulurkan sumbangan bantuan Kewangan kepada Kelab Bola Sepak EX-PEDALAMAN ATAS(EXPA)
Sumbangan tersebut telah diterima oleh AJK EXPA Roland Anjun di pejabat ADUN N.40 Bingkor
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah berkata, dengan adanya sumbangan tersebut dapatlah kelab bola sepak EXPA melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan.
Katanya, beliau sentiasa membantu kelab dalam usaha membangun sukan bola sepak di kawasan Pedalaman Atas.
Sementara Presiden Kelab Bola Sepak EXPA Matussin Bowie memberitahu bahawa bantuan Kewangan tersebut adalah untuk membiayai pelaksanaan program Akademi Bola Sepak Zon Pedalaman Atas.
Zon Pedalaman Atas melibatkan 6 buah Daerah.
“Sasaran program tersebut adalah pemain yang seumur 8 hingga 20 tahun untuk kategori lelaki dan perempuan” katanya.
Matussin turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Robert atas sumbangan tersebut.