ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Belia Layangan (KEBAL) dinobat Anugerah Agrobelia Lestari @Belia Mahir peringkat Labuan.

Mordi menyampaikan cek replika RM20, 000 kepada TD Ahmad Nazri sambil diperhatikan Simsudin (dua dari kanan), Wan Firdaus (kanan sekali), Mahanun (dua dari kiri) dan Faizal (kiri sekali)

LABUAN: Kelab Belia Kampung Layangan (KEBAL) Wilayah Persekutuan Labuan dinobat penerima Anugerah Program Agrobelia Lestari @ Belia Mahir bagi tahun 2026, peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Kelab tersebut yang dipimpin TS Ahmad Nazri Jamal menerima grand ‘one off’ bernilai RM20, 000 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Anak Bimol pada majlis perasmian Program Fiesta Rakan Muda peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Padang Layang Layangan, di sini pada Sabtu.

Hadir sama pada program yang mengimpunkan lebih 3,000 belia itu, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Wan Firdaus Wan Zaki, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan, Mahanum Fauzi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Faizal Lakat dan Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Nazera Roslan.

Mordi ketika ditemui media berkata, Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir merupakan inisiatif berbentuk pelaksanaan projek dalam bidang agromakanan, yang merangkumi latihan kemahiran bersepadu serta bimbingan teknikal.

“Program ini terbuka kepada pertubuhan belia,yang bertujuan memperkasa golongan muda dengan menggalakkan penglibatan aktif dalam sektor agromakanan sebagai sumber pendapatan alternatif, sekali gus mewujudkan sekali peluang pekerjaan di peringkat komuniti setempat”, katanya.

Beliau berkata, Program Fiesta Rakan Muda yang dilaksanakan oleh JBS Jabatan Belia dan Sukan Labuan itu bertujuan untuk menghimpunkan penyertaan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan serta komuniti setempat sebagai usaha menyemarakkan budaya kesukarelawanan dan memperkukuh jaringan kerjasama.

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang dua hari penganjuran termasuk sukan rekreasi, pameran agensi, keusahawanan, seni budaya dan aktiviti komuniti berteraskan 10 gaya hidup Rakan Muda.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN