27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab 3HJ jayakan Aktiviti Amal

KENANGAN…Rombongan Kelab 3HJ merakam gambar bersama Ust.Hainin (depan tengah) dan anak-anak Rumah Asnaf Kg.Silad.

RANAU: Sempena bulan  Ramadan ini, Kelab Hidup, Harapan, Hidayah dan Jariah (3HJ) disini, telah melaksanakan Aktiviti Amal dengan menyampaikan Bakul Makanan kepada para penghuni di Tiga buah Rumah Kebajikan iaitu, Rumah Asnaf Kg.Silad, Rumah Transit Mualaf Sabah Skim Dua Lohan dan Rumah Putera Harapan Skim Dua juga di Lohan Ranau.

Pengerusi Kelab 3HJ, Maharin Bin  Mahali berkata, program tahunan itu adalah antara aktiviti amal bagi meringankan beban para pelajar  penghuni di ketiga-tiga buah rumah kebajikan berkenaan.

“Setiap tahun kami melaksanakan program amal seumpama ini untuk meringankan beban anak-anak  bersama pengurus mereka.

” Menerusi aktiviti seumpama ini memberi ruang dan peluang kepada Jawatankuasa Kelab berinteraksi secara dekat dan positif dengan anak-anak yang sebahagiannya ‘Yatim Piatu’ kerana kehilangan  ibu bapa mereka disebabkan kemiskinan keluarga, dan yang lainnya  ibu bapanya telah meninggal dunia atau akibat perceraian.”, jelas Maharin.

Menurutnya lagi, Kelab 3HJ kekadang menganjurkan majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yang masih berumur 1-8 tahun di rumah kebajikan tersebut.

Maharin turut mempelawa pihak kerajaan, agensinya atau NGO serta Kelab Amal yang lain supaya turut menghulurkan sumbangan seperti barang makanan, pakaian, kewangan atau barang perabut untuk di manfaatkan anak-anak.

“Pihak Kelab 3HJ telah menghulurkan sumbangan setakat yang terdaya bagi membantu meringankan beban anak-anak di sini’, tambah Maharin.

Sementara itu, Pengurus setiap tiga Rumah Kebajikan tu ketika ditemui, merakam penghargaan terima kasih kepada Kelab 3HJ Ranau kerana sudi mengadakan aktiviti memberi sumbangan Barang Makanan kepada warga Rumah Kebajikan terlibat.

“Sumbangan seumpama ini amat kami alu-alukan daripada persatuan atau kelab yang prihatin bagi  meringankan bebanan kami disini yang tiada sumber pendapatan tetap bagi menyara  kehidupan dan membiayai pendidikan anak-anak di sini”, jelas Pengurus Rumah Asnaf Kg.Silad, Ust.Haji Mohd.Hainin@Guntala Abdullah.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN