31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KEKALKAN KEBERSIHAN TAPAK TAMU – ROBERT

Robert tertarik dengan produk tempatan yang dijual di pasar malam Keningau.

KENINGAU:Kebersihan kawasan tapak jualan di sekitar Pekan Bingkor khususnya tapak tamu mingguan perlulah sentiasa dijaga dan di pantau bagi mengujudkan persekitaran yang sihat dan mampu menarik lebih ramai pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, amalan tersebut bukan sahaja indah dipandang mata malahan juga boleh mengekalkan udara yang nyaman di kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Pesta Kaamatan anjuran Persatuan Penjaja Pekan Bingkor kelmarin

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya itu berkata, beliau akan terus berusaha mendapatkan peruntukan bagi membaikpulih dan menaiktaraf persekitaran kawasan perniagaan tersebut agar lebih tersusun dan selesa.

Pada masa sama beliau menyeru agar persatuan itu dapat menyusun atur tapak-tapak jualan yang sedia ada dengan menggunakan Zon (kawasan) bagi Jualan Bundle, Jualan Ikan, Sayur-sayuran dan bahan jualan yang lain agar kelihatan agak teratur sedikit berbanding yang ada sekarang.

Pada hari yang sama wakil rakyat Bingkor itu berkunjung ke Pasar Malam Pekan Keningau.

Beliau mengambil kesempatan beramah mesra dan memberi kata-kata sokongan kepada para penjaja dan peniaga di pasar malam itu.

Robert turut mendoakan kepada semua peniaga sentiasa agar diberikan kesihatan yang baik  dan bahagia dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN