27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Pacuan Empat Roda uji ketahanan  mental, fizikal

RANAU: Kejohanan Pacuan Empat Roda (4×4 Challenge) boleh menguji ketahanan  mental dan fizikal setiap peserta dalam mengendalikan kereta Pacuan Empat Roda.

Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata,  penyertaan menggalakkan daripada para  peminat sukan lasak 4×4 juga suatu yang positif bukan sahaja dalam arena pertandingan atau kejohanan tetapi juga memberi inpak positif memberi ruang dan peluang kepada penduduk setempat mempamer dan menjual produk masing-masing kepada orang ramai yang hadir menyaksikan sesuatu kejohanan.

“Inilah antara lain yang boleh memberi manfaat terhadap sesuatu pertandingan atau kejohanan 4×4 seperti yang diadakan hari ini”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan ‘Ranau Kaamatan 4X4 Challenge’ 2022 di Tomporog Lohan Ranau yang berlangsung  selama tiga hari bermula 4 Jun dan berakhir hari ini melibatkan 12 buah kenderaan Pacuan Empat Roda dari beberapa buah daerah di Sabah.

Datuk Jonathan juga menyifatkan kejohanan itu sebagai suatu yang amat positif dan murni kerana boleh menarik pelancong dari dalam dan luar negeri untuk datang mengunjungi pelbagai destinasi pelancongan di daerah Ranau dan Kundasang yang memang cukup terkenal dengan keindahan Flora dan Fauna selain bentuk buminya yang belum terusik serta berhawa dingin terkenal diperingkat antarabangsa terhadap kemegahan Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.

“Dengan sebab itu, syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa penganjur yang diadakan Persatuan  Pacuan Empat Roda Ranau kerana berjaya menganjurkan kejohanan yang merupakan antara progran sempena perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau setiap tahun.

TERIMA KASIH DATUK…Aliyu (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Jonathan diperhatikan yang lain.

Beliau menyokong penuh cadangan persatuan 4×4 Ranau supaya kejohanan seumpama itu dapat dianjurkan dengan lebih besar (lebih meriah) dengan penyertaan ramai termasuk penyertaan dari Ranau dan luar daerah pada masa akan datang.

“Kita akan beri jerjasama terhadap anjuran program seumpama ini yang mampu newujudkan perpaduan serta keharmonian dikalangan warga tempatan tanpa membezakan soal kaum, agama dan idologi politik”, tambah Jonathan.

Turut hadir dan berucap  ialah, Pegawai Daerah, selaku Pengerusi Induk Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau, Jumain Bin Abdul Ghani dan Pengerusi Peraatuan Pacuan Empat Roda Ranau selaku Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Aliyu Bin Zinin dihadiri ribuan penduduk setempat.

Kejohanan kali ke-16 itu menyaksikan keunggulan peserta dari Keningau, Then Vun Pin mengutip 303 mata untuk muncul Juara, disusuli peserta dari Sandakan Chang Siew Shen mengutip 272 mata (Naib Johan) dan Roland Liew dari Kota Kinabalu mengutip 238 mata menduduki tempat ketiga.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Aliyu mewakili Datuk Jonathan.

          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN