Tkpr Masnah Masnin.
RANAU: Kejohanan Melastik Santai Perpaduan Tertutup anjuran Rela Platun 0010 Tungou akan diadakan di perkarangan Gerai Perpaduan Kg.Tungou Ranau pada 18 Ogos bermula jam 8.30 pagi.
Timbalan Ketua Platun Rela 0010 Tungou, Tkpr Masnah Binti Masnin (gambar)memberitahu, kejohanan secara santai dan yang julungkali diadakan itu adalah lebih kepada ke arah memupuk perpaduan, persaudaraan dan keharmonian dikalangan peserta dengan penduduk setempat.
“Kita mengharapkan kejohanan yang diadakan ini akan mendapat penyertaan ramai dikalangan belia-beliawanis, kanak-kanak (pelajar sekolah) dan golongan warga emas”, jelas Masnah sambil merakam penghargaan dan terima kasih kepada individu penyumbang hadiah kejohanan.
“Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa penganjur berterima kasih kepada, Encik Nasimin Yantangun, Encik Jabilin Kedsingin dan ramai lagi kerana sudi menyumbang hadiah kejohanan tersebut walaupun mungkin hadiah berbentuk makanan ringan seperti Maggie”, tambah Masnah.
Menurutnya, kejohanan tanpa yuran penyertaan itu merupakan permulaan dan dijangka akan diadakan lagi secara terbuka melibatkan peringkat Mukim, DUN dan daerah pada masa aka datang.