29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KEJOHANAN ‘KICK CHALLENGE’ TERBUKA LELAKI DAN WANITA TAWAR HADIAH KESELURUHAN LEBIH RM8,000

Gambar : Rijahan Aliaprah, Pengarah Program ‘Kick Challenge’

KOTA KINABALU : Para penggemar bola sepak di negeri ini dipelawa menyertai kejohanan ‘Kick Challenge’ yang akan dianjurkan oleh Innoprise Capital (Unit Sukan Yayasan Sabah) pada 12 Mac ini bermula pada jam 7.00 pagi bertempat di Padang A, Yayasan Sabah.

Menurut Pengarah Program, Rijahan Aliaprah,  ‘Kick Challenge’ terbuka kepada kategori lelaki dan perempuan sama ada peserta itu merupakan pemain profesional, kelab atau persatuan.

Katanya, ‘Kick Challenge’ yang menawarkan hadiah lumayan lebih RM8000 itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tendang Bola Paling Jauh dan Tendang Bola Tepat Sasaran.

Antara syarat bagi Tendang Bola Paling Jauh, peserta boleh memakai kasut bola atau kasut futsal. Walau bagaimanapun pihak penganjur akan membuat pertimbangan berdasarkan situasi semasa peserta. Setiap tendangan yang melepasi had kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur akan diukur berdasarkan jatuhan pertama bola. Yuran penyertaan ialah RM10.00 sahaja.

Katanya, sekiranya kesemua peserta tidak melepasi had kelayakan maka tendangan pusingan kedua akan dilaksanakan. Peserta yang membuat tendangan di luar zon tendangan yang ditetapkan oleh penganjur akan dibatalkan.

Seramai 10 pemenang  (Johan, Naib Johan, Ketiga dan 7 Saguhati ) akan disediakan iaitu Johan akan menerima wang tunai RM1000, Naib Johan (RM300), Ketiga RM200 dan 7 orang penerima Saguhati (RM100).

Setiap peserta akan membuat 2 kali tendangan untuk satu pendaftaran. Tiada tendangan percubaan dilakukan. Sepuluh pemenang pertama layak memenangi hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur. HADIAH SATU TENDANGAN : RM150.00

Bagi Tendang Bola Tepat Sasaran pula, syarat asas adalah sama cuma perbezaannya ialah setiap peserta akan membuat 2 kali tendangan untuk satu pendaftaran. Gawang gol kecil dan jarak telah ditetapkan. Tiada tendangan percubaan dilakukan. Sepuluh pemenang pertama layak memenangi hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Hadiah bagi satu tendangan ialah RM150.00. Untuk  keterangan lanjut boleh berhubung terus kepada urusetia di talian 012-8257944 (Mateli) dan 011-14148356 (Joe).

“Marilah kita turun beramai-ramai ke kejohanan ‘Kick Challenge’ pada 12 Mac ini. Kita beriadah sambil bersuai kenal dan memupuk tali sialturahim antara satu sama lain. Jangan lupa lakukan saringan kesihatan awal atau Pre event test 2 jam sebelum datang ke arena. Kita utamakan pematuhan SOP terlebih dahulu bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN