29.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Jemputan Golf Muhibah  2022 beri manfaat ekonomi Labuan

GAMBAR:  ROZMAN (dua dari kanan) bergambar bersama  pemain dari Sabah sebelum Kejohanan Jemputan Golf Muhibah 2022 bermula di padang LIGC, pada Sabtu.

LABUAN: Kejohanan Jemputan Golf Muhibah 2022 yang dikelolakan  bersama Labuan International Golf Labuan (LIGC) dan Pejabat Ahli Parlimen Labuan telah memberikan  manfaat kepada ekonomi Labuan khususnya kepada pengusaha hotel, homestay, restoran  dan juga peniaga di pulau ini.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli  berkata,  kehadiran lebih 150  peserta golf dari   Sabah yang menyertai  kejohanan itu  telah memberi impak positif  kepada ekonomi Labuan.

“Kehadiran mereka bukan sahaja membantu mempromosikan padang golf 18 lubang LIGC  yang bertaraf antarabangsa, tetapi juga banyak membantu merancakkan ekonomi  dari sudut perhotelan dan peniaga kecil kecilan” katanya ketika di temui pada kejohanan tersebut, pada Sabtu.

Rozman berkata, kejohanan jemputan Golf Muhibah 2022 yang diadakan di padang 18 lubang LIGC adalah  aktiviti sukan  pertama melibatkan penyertaan dari luar Labuan  dan ia selari  dengan perancangan Malaysia memasuki fasa  Peralihan ke Endemik.

“Memandangkan negara sedang beralih ke arah endemik, sudah tibalah masanya untuk menyusun strategi pelan pelancongan sukan untuk Labuan dan kejohanan golf merupakan satu daripada sukan berpotensi yang boleh menarik ramai pengunjung ke Labuan” katanya.

Sementara itu, Penyelaras  Kejohanan Jemputan Golf Muhibah 2022, Noor Halim Datuk Zaini berkata, seramai 121 peserta dari beberapa daerah di Sabah, antaranya Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu,  Semporna dan Kudat telah  bersaing dengan   50 peserta golf Labuan.

“Selepas mendapat sambutan yang amat menggalakkan…kami merancang untuk mengadakan satu lagi pusingan perlawanan persahabatan sebelum hujung tahun ini” katanya.

Pada kejohanan itu, pasukan dari Tawau Sabah muncul juara  untuk membawa hadiah wang tunai RM5,000 beserta piala.

Manakala pasukan Labuan yang diketuai oleh Datuk Rozman terpaksa berpuas hati untuk bergelar Naib juara| dan tempat ketiga dimenangi oleh Kota Kinabalu.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang Tunai RM2,000 dan RM1,500 berserta medal.

Kejohanan yang berkonsepkan amal itu juga telah berjaya mengumpul dana  hasil sumbangan pemain berjumlah lebih RM11,000 untuk diagihkan kepada kumpulan B40.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN