32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Bola Sepak Piala Pusingan Ahli Parlimen Ranau, 26-27 Feb 2022.

Zul Khaizan (Naib Pengerusi Biro Belia dan Sukan Kg Tungou).

RANAU: Persatuan dan kelab bola sepak di daerah ini, dipelawa untuk menyertai Kejohanan  Bola Sepak 7 Sebelah  Tertutup Ranau bagi merebut Piala Pusingan  Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Yang Berhormat (YB) Datuk Jonathan Yasin bermula  26-27 Februari ini di padang SK.Tungou Ranau.

Jurucakap Jawatankuasa penganjurnya, yang juga Naib Pengerusi Biro Belia dan Sukan Kg.Tungou, Zul Khaizan Bin Japrin memberitahu, kejohanan anjuran Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dengan kerjasama Biro  Belia dan Sukan Kg.Tungou itu menawarkan hadiah Johan akan menerima RM700, sebuah piala pusingan berserta Stand  Medal dan Medal, Naib Johan menerima RM500 dan Medal, manakala tempat ketiga akan menerima RM300 berserta Medal dan tempat Keempat menerima RM200 berserta Medal.

Menurut Zul, setiap pasukan yang berhasrat menyertai kejohanan hendaklah melengkapkan borang penyertaan berserta Yuran Penyertaan berjumlah RM70 (satu pasukan) sebelum tarikh kejohanan seterusnya cabut undi bagi menentukan jadual perlawanan.

“Kita mengharapkan kejohanan itu menjadi landasan memupuk perpaduan dan persaudaraan sedia terjalin dikalangan peserta kejohanan dengan masyarakat setempat”, Zul sambil memaklumkan kejohanan itu akan dihadiri Datuk Jonathan pada hari kedua kejohanan (27 Februari).

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN