Jimmy (tiga dari kanan), Busiau (kiri) dan Gilbert (kanan) bersama beberapa peserta Geran Komunal Sepulut 4 dalam sidang media itu.
KENINGAU: Kejadian tular dimedia sosial baru-baru ini di Kota Kinabalu oleh salah sebuah pertubuhan berkenaan tanah adat Sepulut 4 dirampas oleh orang luar adalah tidak benar sama sekali.
Menurut, penduduk asal di mukim ini
yang juga penyelaras Geran Komunal Sepulut 4 , Jimmy Minggin dalam sidang media di sini menegaskan bahawa terdapat kumpulan kecil bukan penduduk asal dimukim tersebut yang dipertahankan pertubuhan ini cuba mewujudkan tindakan tidak sepatutnya sehingga menimbulkan kekeliruan sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi negatif terhadap Jabatan Tanah dan Ukur serta Kerajaan Negeri.
“Tanah adat Sepulut 4 dirampas oleh orang luar adalah tidak benar sama sekali, yang jatuh tangan orang luar adalah permohonan tanah PT dan tanah yang dijual oleh penduduk asal yang kebanyakkan dari kumpulan kecil benefisari yang dipertahankan oleh pertubuhan berkenaan” kata Jimmy.
Jelas Jimmy, Geran Komunal ini (Sepulut 4) pada 2013, yang diberikan Kerajaan Negeri pada masa itu dan telah banyak membantu sembilan buah kampung di mukim sepulut dalam meningkatan sosioekonomi melalui hasil tanaman kelapa sawit melalui syarikat dilantik.
Beliau juga berharap agar status Geran Komunal ini dapat dikekalkan kerajaan hari ini.
Katanya, antara kampung ini ialah Kampung Bigor, Bukokoh, Kainggalan, Koyoon, Liningkar, Saliku, Simatuoh, Tantayakan dan Tonomon yang melibatkan seramai 235 perserta terdiri penduduk asal di mukim ini sejak lebih lima generasi dahulu.
Sehubungan itu juga, penduduk asal di mukim ini berharap status geran komunal dapat dikekalkan pihak Kerajaan Negeri.
Seorang lagi penduduk asal Kampung Tonomon Sepulut Busiau Ampirak berkata, Geran Komunal
adalah terbaik bagi penduduk.
“Kami mahu Geran Komunal ini dikekalkan untuk generasi akan datang” katanya.
Bagi peserta perserta Geran Komunal Kampung Tantayakan Romanis Linus, Geran Komunal ada kebaikan bagi kami golongan B40.
“Kerajaan sudah tolong kami, kami berterima kasih YB kami kerana sudah sudi bantu kami untuk wujudkan ini Geran Komunal di Sepulut 4, kalau kami sendiri mungkin payah sikit kami akan membukanya” jelasnya.
Rosni Angkansang, perserta Geran Komunal Kampung Tonomon pula berkata, Geran Komunal ini memberi peluang kepada anak-anak kami yang akan mewarisinya nanti.
“Kami bersetuju dan mau Geran Komunal diteruskan sebab ia beri peluang perkerjaan kepada kami jika ia terus dimajukan oleh syarikat” katanya.
Seorang lagi peserta Geran Komunal dari Kampung Saliku Gilbert Mundai berkata, mereka bersetuju dengan pelaksanaan Geran Komunal ini.
“Kami mahu pihak kerajaan meneruskan Geran Komunal bagi kelangsungan hidup masyarakat di sembilan buah kampung di yang terlibat” katanya.