25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kehadiran Vaksin Covid-19 disambut baik rakyat pelbagai peringkat

William (tiga Kanan) bersama sebahagian guru dan pelajar Tahun 1, yang dipastikan sentiasa mematuhi SOP.

RANAU: Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK. Pekan di sini, William Babah Dunggi menyifatkan kehadiran Vaksin ‘Pfizer’ yang diperolehi kerajaan daripada Belgium sebagai memberi ‘Khabar Gembira’ kepada rakyat Malaysia untuk mengekang penularan Covid-19 yang kini belum berakhir.

Menurutnya, rakyat negara ini tanpa mengira suku kaum, etnik, budaya, agama, warna kulit dan idologi politik wajar menerima suntikan Vaksin tersebut sebagai senjata untuk memerangi pandemik wabak itu yang mengancam nyawa masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia.

“Dengan sebab itu program Imunisasi Vaksin Covid-19 perlu disokong dan diterima sebagai benteng daripada serangan wabak yang sukar dilihat dengan mata kasar kita”, jelas William ketika ditemui semasa membuat pemantauan persekitaran dan sempena hari pertama persekolahan bersemuka kanak-kanak Prasekolah, murid Tahun 1 dan Tahun 2.

William mengharapkan kepada semua ibubapa supaya memastikan anak masing-masing sentiasa mematuhi SOP yang ditetapakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaras dengan arahan kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

“Kalau di sekolah, kita serahkan kebijaksanaan guru-guru memastikan kepatuhan murid-murid terhadap SOP dapat dicapai sepenuhnya, termasuk penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, memakai Pelitup Separuh Muka dan sering membasuh tangan dengan sabun (sanitizer),”jelas William

Turut hadir mengadakan Pemantauan ialah para Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bersama Guru Besar SK.Pekan Ranau, Mostajah@Junaidi Dullah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN