Abdul Ghani (kanan)semasa melawat Kilinik Kesihatan Pagalungan.
Oleh:Marutin Ansiung
NABAWAN:Sambutan penduduk di daerah ini termasuk penduduk di kampung-kampung terpencil tentang kebaikan vaksin Covid-19 semakin menggalakkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ini terbukti dengan kehadiran penduduk dari kampung-kampung di sekitar Daerah Kecil Pagalungan yang begitu ramai di Pusat Pemberian Vaksin Klinik Kesihatan Pagalungan pada Khamis.
Katanya, sejak kebelakangan ini penduduk semakin sedar akan kebaikan vaksin kepada individu yang menerima hasil daripada penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)melalui Klinik-Klinik Kesihatan di kawasan ini yang turun padang memberikan penjelasan.
Abdul Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)berkata demikian selepas melawat Klinik Kesihatan Pagalungan semasa pemberian vaksin dos pertama di Klinik itu pada 24 – 25 Jun lepas.
Abdul Ghani (kanan)semasa menyampaikan bantuan kepada Philip untuk diagih-agihkan kepada golongan B40.
Sementara itu Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil berkata, pihaknya dengan kerjasama KKM melalui Klinik Kesihatan berjaya meyakinkan penduduk di daerah ini tentang kebaikan vaksin Covid-19.
Justeru itu beliau menyeru masyarakat di daerah ini agar terus mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual di pusat-pusat pemberian vaksin di daerah ini.
Sempena lawatan itu Abdul Ghani menyampaikan barang-baran makan dan air minuman kepada petugas Klinik Pagalungan dan bantuan bakul makanan kepada golongan B40 di Daerah Kecil Pagalungan.
Menurut Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Roger Appolonius, seramai 2,024 golongan B40 dan warga emas di daerah kecil ini termasuk Mukim Pensiangan layak menerima bantuan bakul makanan 3.0.
”Pada lawatan ADUN Nabawan di Klinik Pagalungan, kita telah mengagihkan 100 bakul makanan kepada golongan B40 dan seterus agihan secara menyeluruh di daerah kecil ini dijangka pada penghujung bulan Julai depan” katanya.
Hadir sama pada lawatan itu, Pemimpin Pembanguban Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai, Ketua Daerah Nabawan Ulin Datuk Pamiang, Ketua Daerah Kecil Pagalungan Philip Antugi dan pemimpin-pemimpin masyarakat.