Hj Yazid, Albert dan Robert
KENINGAU: Kadazandusun Cultural Association ( KDCA) Daerah keningau mewujudkan 19 portfolio.
Setiap Portfolio tersebut diketuai oleh ahli-ahli jawatankuasa penyelaras KDCA Daerah Keningau
Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau Rafie Robert mengumumkan 19 portfolio itu ketika Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Daerah itu baru-baru ini.
Portfolio-portfolio yang diwujudkan ialah Jawatankuasa Muzik Tradisi yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau Robert Paulus, Jawatankuasa Anugerah Kaamatan diketuai oleh Naib Pengerusi 1 Harry Gitik, Jawatankuasa Aset dan Pembangunan diketuai Naib Pemgerusi 2 Augustine Nain, Jawatankuasa Makanan dan Minuman Tradisi diketuai oleh Naib Pengerusi 4 ( Women Council) Puan Irene Gambulu, Jawatankuasa Tarian Tradisi diberikan kepada Naib Pengerusi 5 ( Youth Council ) Razzidin Robert.
Ketua-Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa lain ialah Daenis Joakim (Gerai Tradisi/kasmatan ), Syafiee Ludi ( Sugandoi ), Alffian Robert ( Unduk Ngadau ), Garrett Patriick ( Sukan Tradisi ), Melly Lajiwat ( Kebajikan ), Mailen Belly ( Keahlian dan Cawangan ).
Junior Fred Pemimpin Pembangunan Masyarakat N 40 Bingkor mengetuai Jawatankuasa Rumah Tradisi, Christina A. Kadau mengetuai JK Pertandingan Manangon/ Buletin KDCA, Nuar Selamat , Diana Lind JK Kraftangan, Atamah Tingadon JK HIIS, Libah Jsli JK Magavau, Frances Augustine Adau JK Merchandise.
Manakala Albert Mark Maguring mengetuai JK Koir Kaamatan dan Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles diberi peranan sebagai Ketua Jawatankuasa Publisiti dan Media.
Jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha masing masing dipegang oleh Daffri Adzahari dan Boneventure Harry.
Hj Mohd Zaki Hj Zakaria selaku Bendahari dan Jayvince Jenner selaku Penolong Bendahari
Rafie meminta semua ahli jawatan yang memegang Portfolio dapat merancang aktiviti dan menyedia kertas kerja termasuk kos anggaran program program yang dirancang.
Kertas kerja hendaklah dibentangkan semasa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa akan datang, ujar Rafie.