27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KDCA Labuan seru ahlinya mendaftar segera suntikan Vaksin COVID 19

GAMBAR… JEROME MIJIN…. Setiausaha KDCA Labuan.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Ahli Ahli KDCA Wilayah Persekutuan Labuan yang belum mendaftar diseru  segera mendaftar diri dalam Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan bagi melindungi diri dan seterusnya membendung penularan COVID 19 khususnya di pulau ini.

Setiausaha KDCA  Bahagian Wilayah Persekutuan Labuan, Jerome Mijin berkata, pendaftaran itu penting  bukan sahaja untuk melindungi diri dan ahli-ahli KDCA itu sendiri tetapi juga bagi menentukan jumlah bilangan vaksin yang diperlukan dapat disalurkan dengan segera ke Labuan.

Beliau berkata, bagi yang sudah mendaftar tetapi belum mendapat temu janji vaksin, saya telah difahamkan tindakan sedang diambil dan proses suntikan dijalankan secara berperingkat  mengikut giliran.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan Pendemik COVID 19  telah menyerang  dengan keterlaluan dan menganas terhadap setiap manusia tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan taraf sosial secara aktif mengakibatkan kesan teruk kepada ekonomi, sosial  dan telah menyebabkan kehidupan harian rakyat terkesan.

“Kita juga dapat melihat kesan pendamik ini secara langsung telah mengakibatkan kelumpuhan ekonomi dengan penutupan premis premis perniagaan, kehilangan pekerjaan dan pendapatan.  Penutupan premis perniagaan amat dirasai pada ketika ini” katanya disini.

Beliau mengingatkan ahli ahli KDCA Labuan khususnya dan warga Labuan secara keseluruhannya supaya  terus mematuhi SOP untuk menghindarkan kebolehjangkitan secara aktif virus COVID 19.

“KDCA secara umumnya berterima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JKNWPL) yang diketuai oleh Pengaranhya Dr. Ismuni Bohari dan juga petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus siang dan malam untuk menangani penularanCOVID 19.

“Sokongan dari pemimpin masyarakat seperti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman juga turut dihargai” katanya.

Justeru itu, kepimpinan KDCA dan ahli-ahlinya akan terus memberi kerjasama dan menyokong penuh untuk sama sama membantu menangani penularan wabak COVID 19 dengan mendaftar segera suntikan vaksin COVID 19 selain mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN