27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KBS Sabah memperuntukkan perbelanjaan bagi penyelenggaraan padang, gelanggang. dalam bajet 2023. 

Menteri Belia Dan Sukan Datuk Ellron Angin

KOTA KINABALU:Kementerian Belia Dan Sukan Sabah ada memperuntukkan perbelanjaan bagi penyelenggaraan padang bola sepak atau gelanggang-gelanggang sepak takraw, bola tampar dan sebagainya yang terdapat di kawasan perkampungan dalam bajet 2023. 

Menterinya Datuk Ellron Angin berkata, peruntukan yang disediakan pada bajet 2023 untuk tujuan penyelenggaraan padang bola sepak atau gelanggang-gelanggang sepak takraw, bola tampar dan sebagainya yang terdapat di kawasan perkampungan  tidaklah dapat menampung kesemua permohonan yang diterima daripada kelab, persatuan atau jawatankuasa-jawatankuasa peringkat kampung di seluruh Sabah.

Katanya, setiap kerja-kerja penyelenggaraan adalah berdasarkan kepada keutamaan iaitu tertakluk kepada tahap kerosakan dan keperluan fasiliti-fasiliti sukan yang terdapat di kawasan perkampungan di seluruh Sabah. 

“Dengan ertikata lain tidak ada agihan tetap diperuntukkan di setiap kawasan perkampungan di seluruh Sabah” kata Ellron menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin pada Menyuarat Ketiga Penggal Ketiga DUN Sabah yang Keenam Belas hari ini.

Abdul Ghani bertanya kepada Menteri Belia Dan Sukan,  adakah pihak kementerian akan memperuntukan sebarang agihan untuk memastikan penyelenggaraan pusat-pusat rekreasi, seperti padang bola sepak atau gelanggang-gelanggang sepak takraw, bola tampar dan sebagainya yang terletak di kawasan-kawasan perkampungan dalam bajet tahun 2023.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga DUN Sabah yang Keenam Belas berlangsung pada 25, 28, 29 November dan 1 Disember 2022.

Pada tahun 2022 sahaja, terdapat 9 padang bola sepak dan 62 buah gelanggang telah didirikan dan dinaiktaraf di seluruh Sabah dan 11 buah gelanggang sukan serbaguna di antaranya adalah di daerah Nabawan.

Sementara itu menjawab soalan ADUN Luyang Phoong Jin Zhe Ellron berkata, 

untuk perancangan jangka pendek pihak Kementerian akan melaksanakan penyelenggaraan dan menaiktaraf kompleks-kompleks sukan berdasarkan peruntukan semasa kementerian.

Katanya, pada tahun ini  Kementerian telahpun menjalankan pembaikan kecil dan menaiktaraf secara berfasa di 16 buah kompleks sukan di Sabah iaitu di Tenom, Semporna, Penampang, Keningau, Sipitang, Kota Kinabalu, Tawau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Kota Belud, Kudat, Ranau, Lahad Datu, Beluran dan Kompleks Sukan Sandakan. 

Jelasnya, pembaikan kecil dan menaiktaraf ini bukan bermaksud bahawa pembaikan kecil atau menaiktaraf telah dilaksanakan secara menyeluruh semua kerosakan di sesebuah kompleks sukan tersebut kerana masih terdapat banyak lagi kerosakan yang perlu dilaksanakan secara berfasa setiap tahun.

“Pada tahun hadapan penyelenggaraan dan menaiktaraf akan terus dilaksanakan di semua kompleks-kompleks sukan dengan  berdasarkan kepada peruntukan yang akan diluluskan oleh kerajaan negeri nanti” katanya.

Katanya lagi, untuk perancangan jangka panjang pula, kementerian akan sentiasa mengemukakan permohonan di bawah program pembangunan Rancangan Malaysia biayaan Kerajaan Negeri untuk penambahan kemudahan dan fasiliti sukan di kompleks-kompleks sukan yang sedia ada. 

Phoong bertanya kepada Menteri Belia Dan Sukan, Apakah rancangan kerajaan negeri dari segi jangka pendek dan panjang untuk mempertingkatkan dan menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan yang semakin ketinggalan di seluruh enam belas (16) kompleks sukan Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN