23 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 1, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

KBS bakal laksana Jelajah Borneo bagi memperkasa perkhidmatan pembangunan belia dan sukan luar bandar

Mordi (tengah) pada sesi Libat Urus bersama pemeggang taruh belia dan sukan

LABUAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal melaksanakan Jelajah Borneo bagi memperkasakan perkhidmatan belia dan sukan kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, beliau sendiri akan mengetuai pasukan itu untuk imenjelajah Sarawak, Sabah dan Labuan yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

“Jelajah Borneo ini merupakan salah satu pendekatan KBS dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada golongan sasar secara terus dengan mengurangkan karenah birokrasi.

“Menerusi jelajah ini juga pihak KBS dapat mengetahui dengan lebih dekat tentang isu dan permasalahan yang dihadapi dalam pembangunan belia dan sukan di peringkat akar umbi.

” Selain itu maklumat yang diperolehi menjadi panduan untuk merangka dan merancang dasar dan program yang bersesuaian kepada golongan berkenaan”, katanya ketika berucap pada sesi Libat Urus Timbalan Menteri Belia dan Sukan Bersama Pemeggang Taruh Belia dan Sukan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Labuan di sini pada Jumaat.

Turut hadir dalam sesi Libat Urus itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Tr. Dr. Nagulendran Kanagayatkarasu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Azura Abidin dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi.

Mordi berkata, pihak KBS juga menjalinkan kerjasama strategik bersama kementerian, jabatan dan agensi lain, bagi memastikan usaha tersebut memberikan manfaat dan kebaikan kepada komuniti setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN