33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Karnival Perpaduan bantu  tingkatkan ekonomi penjaja kecil

        NOOR HALIM (dua dari kanan) bersama Mohd Rafi (dua dari kiri) dan Teo (kiri sekali) ketika hadir pada program Karnival Perpaduan.

LABUAN: Karnival Perpaduan yang dianjurkan oleh LDA Holdoing Sdn. Bhd dengan kerjasama Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Harmoni (PPPKH) dan Terminal Feri  Antarabangsa  Labuan (TFAL) berjaya membantu penjaja  dan peniaga kecil  meningkatkan sumber ekonomi.

Malah karnival yang julung kalinya diadakan itu turut memberi impak positif   kepada industri pelancongan apabila karnival  tersebut turut dihadiri oleh pengunjung  luar dari Labuan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding Sdn. Bhd, Noor Halim Datuk Zaini lebih 4,000 pengunjung dari dalam dan luar Labuan datang mengunjugi karnival tersebut.

  “Secara langsung penjaja dan peniaga  kecil tempatan telah mendapat keuntungan  yang agak lumayan sekitar RM 2,000 sehari  dan ini sekaligus membantu menghidupkan semula  perniagaan mereka yang sebelum ini merundum akibat pendemaik COVID 19”, katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Dalam pada itu, Noor Halim berharap kerjasama LDA Holding Sdn. Bhd dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil (Harmoni) dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan akan dapat diteruskan bukan sahaja dalam meningkatkan ekonomi peniaga tetapi juga berhasil menambah produk-produk  pelancongan baharu untuk  menarik lebih ramai pengunjung datang ke Labuan.

Karnival yang diadakan di kawasan tempat letak kereta Medan Selera  selama empat hari yang bermula pada 25 Mei lalu telah disertai seramai 60  penjaja dan peniaga  kecil tempatan.

Sementara itu, majlis penutupan Karnival Perpaduan di sempurnakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Beliau dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada penganjur sambil menambah penganjuran program seperti ini perlu didiadakan lebih kerap  bagi membawa pengunjung ke Labuan sekaligus membantu para peniaga, perhotelan dan restoran.

“ Saya ucap tahniah kepada penganjur  dan kita berharap program seperti ini dapat dijadikan sebagai event yang lebih besar sekurang kurang diadakan  tiga bulan sekali bagi menarik pelancong luar datang ke Labuan” katanya.

Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan antaranya persembahan artis jemputan dari Sabah dan pertandingan tarian Igai-Igai.

Hadir sama pada program tersebut Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Harmoni Labuan, Teo Lim Lai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN