26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kanak-kanak maut terkena tembakan senapang buatan sendiri

DSP Nor Rafidah Kasim

KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki maut disyaki terkena tembakan senapang buatan sendiri ketika bermain dengan rakannya dalam kejadian di Kampung Sosogoh Salong Pagalungan pada Isnin lalu.

Mangsa berusia tujuh tahun terkena tembakan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Nabawan bahawa terdapat seorang kanak-kanak telah meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu telah terkena tembakan di bahagian kepala daripada senapang buatan sendiri jenis ‘pump gun’ oleh rakannya yang bermain bersamanya.”

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat,” katanya mengesahkan kejadian itu pada Jumaat.

Katanya lagi, susulan kejadian itu seramai tujuh individu telah ditahan dan satu senjata api turut dirampas untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN