27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kanak-kanak mati ditikam abang sendiri

Gambar: DSP Simiun Lomudin, Ketua Polis Ranau

RANAU: Polis menahan reman seorang remaja tempatan selepas suspek menikam adiknya sendiri dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Bin Lomudin berkata, susulan kejadian itu, mangsa kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Ranau.

“Pada Jumaat, jam 11.27 pagi, polis menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian adik ditikam oleh abangnya sendiri menggunakan pisau.

“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan budak tempatan berusia 9 tahun yang ditikam di perut oleh abangnya sendiri berusia 19 tahun.

“Kejadian dilaporkan berlaku ketika kedua-dua mangsa dan suspek berada di ruang tamu rumah mereka di Kg Kinapulidan Ranau kira-kira jam 5.40 pagi,” katanya.

Menurut Simiun, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan, oleh jiran sejurus kejadian berlaku.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Ranau,” katanya.

Tambah Simiun, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi IPD Ranau bagi membantu siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN