24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kaamatan merapatkan silaturahim dna mengukuhkan kesatuan: Abidin

Abidin menuai padi semasa sambutan Kaamatan di sebuah kampung di DUN


RANAU: Perayaan Kaamatan bukan sahaja boleh merapatkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat majmuk tetapi juga memperlihatkan kesatuan dan kerjasama masyarakat kampung.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, masyarakat kampung juga berjaya meneruskan tradisi masyarakat KDMR dengan menganjurkan Sambutan Kaamatan setiap tahun tanpa gagal.


“Masyarakat kampung berjaya meneruskan tradisi masyarakat KDMR dengan mengadakan berbagai aktiviti yg sangat menarik seperti Pertandingan Pondok Tradisi, Pertandingan Masakan Tradisi dan sudah tentu Sugandoi dan Undukngadau Dazanak terus diadakan kerana aktiviti aktiviti Kaamatan seperti ini sangat mendapat sambutan meriah daripada masyarakat kampung.


“Kesatuan dapat dilihat, khususnya dalam pembinaan pondok tradisi di mana semua penduduk kampung terlibat berusaha sedaya upaya dalam satu pasukan untuk menyiapkan pembinaan pondok tersebut sehingga selesai,” katanya.


Menurut Abidin, Perayaan Kaamatan juga menyedarkan masyarakat tempatan untuk meningkatkan hasil pertanian dan sentiasa mensyukuri hasil tuaian yg baik.


“Perayaan Kaamatan telah diiktiraf oleh kerajaan sejak sekian lama dan pada tahun ini ia diraikan sebagai satu Perayaan kebangasaan.


“Sehubungan dengan itu Kerajaan negeri telah memperlihatkan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan pengeluaran makanan.


“Itu sebabnya Kerajaan Negeri mengujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah,” kata beliau.


Beliau yang juga ADUN Paginatan berkata demikan semasa merasmikan sambutan-sambutan Pesta Kaamatan 2024 yang diadakan di kampung-kampung di DUN Paginatan seperti Kg Nampasan Baru, Kg Kokob, Kg Noguros Kilimu, Kg Randagong Baru, Kg Silou dan lain-lain.


Abidin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya melaksanakan Perayaan Kaamatan Peringkat kampung.


beliau juga sempat menyampaikan bakul makanan dan sumbangan wang kepada kumpulan asnaf di kampung-kampung yang terlibat merayakan Kaamatan.


Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Hishamudin Harun, Ketua Daerah OKK Muhasip Hj Rauman, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, Pemaju-Pemaju Mukim dan Pemegang-Pemegang Adat DUN Paginatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN