25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jurulatih sukan perlu lengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan

Dr. Raymie ….jurulatih perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknik dan pendekatan bimbingan terkini.

Oleh:Marutin Ansiung

KOTA KINABALU:Jurulatih sukan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan bagi menghadapi cabaran melatih serta membimbing atlet.

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Dr. Raymie A. Bakar berkata peranan jurulatih yang berkualiti dan berpengalaman sangat penting untuk memastikan atlet mereka mendapat sokongan terbaik dalam bentuk latihan fizikal serta bimbingan.

Dr. Jerome……jurulatih sukan perlu dinaiktaraf.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas pelaksanaan Kursus Kejurulatihan KOM/World Athletics Tahap 1 dari 1-13 Jun 2021 yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum.

Dr. Raymie yang juga merupakan penyelaras kursus berkata, jurulatih perlu sentiasa mengikuti perkembangan teknik dan pendekatan bimbingan terkini termasuk pentadbiran sukan yang boleh menyumbang kepada pelaksanaan tanggungjawab mereka. 

Beliau turut, menzahirkan terima kasih kepada Pensyarah dan Instruktor Kursus Anbarasu Subramaniam daripada Kesatuan Olahraga Malaysia, Puan Roselyn J. Hamero dari Negara Filipina dan P. Jeevanathan selaku Penyelaras IT.

Rata-rata peserta yang menyertai program tersebut memberikan reaksi positif dengan kursus yang dijalanakan dalam norma baharu.

Bagi Dr. Jerome Jolly yang merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dari IPG Kampus Keningau yang juga salah seorang peserta kursus berkata, jurulatih sukan perlu dinaiktaraf bagi memastikan jurulatih memiliki sekurang-kurangnya Kursus Kejurulatihan KOM/World Athletics Tahap 1 dan Kursus Sains Sukan seterusnya sentiasa mempertingkatkan ilmu kejurulatihan dari semasa sesuai dengan keadaan norma baharu ketika ini.

Roselyn J. Hamero dari Negara Filipina.

Sementara itu Roselyn Hamero dari Filipina, menzahirkan terima kasih kepada IPG Gaya kerana berjaya melaksanakan program tersebut yang boleh dijadikan nilai tambah kepada para peserta  mendapatkan sijil menjadi jurulatih dan medium bagi jurulatih menjaga kualiti dan penambahbaikan perkhidmatan kejurulatihan dari semasa ke semasa.

Pada program tersebut seramai 24 orang peserta menyertai kursus kejurulatihan olahraga yang pertama bertaraf antarabangsa dijalankan di Malaysia secara dalam talian selepas negara seperti Palestine dan Filipina telah menjalankannya sebelum ini. Kesemua peserta telah lulus dan berjaya mendapatkan Sijil Kejurulatihan World Athletic Tahap 1 dan 13 orang daripadanya layak ke Tahap 2.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN