Gambar atas: Robert menyampaikan sumbangan kepada Jupinah.
KENINGAU:Puan Jupinah Yumpawi dari Kampung Pangas Laut yang mengalami kerosakan rumah akibat angin kencang baru-baru ini menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan itu membantu meringankan bebannya bagi membaiki kerosakan rumahnya.
Selepas menerima sumbangan itu Puan Jupinah mengucapkan terima kasih kepada Robert diatas keikhlasan memberikan sumbangan tersebut.
“Sumbangan ini meringankan beban keluarga saya untuk mendapatkan bahan-bahan keperluan untuk membaiki kerosakan rumah kami” katanya.
Sementara itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berharap, semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kepada keluarga Puan Jupinah.