27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jumlah mesin dialysis di HDOK mencukupi: James

James Ratib


KOTA KINABALU: Jumlah mesin dialisis sedia ada di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan adalah mencukupi bagi menampung keperluan pesakit buat masa ini.


Demikian dijelaskan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib.


Kata beliau, HDOK kini mempunyai 30 water points dan 45 mesin dialisis.


“Seramai 121 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan hemodialisis dan 52 orang pesakit mendapatkan rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di hospital berkenaan,” katanya.


James yang juga Adun Sugut berkata demikian semasa menjawab persoalaan daripada Adun Elopura Calvin Chong Ket Kiun semasa Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang keenam belas 9, 10 dan 11 Julai 2024 yang berlangsung pada hari Khamis.


Semasa persidangan itu, Chong bertanya kepada Menteri KPMKR, apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu kekurangan mesin dialisis di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN