Robert semasa meninjau Kampung Toboh Laut yang mula dinaiki air kelmarin.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)memantau kawasan Kampung Toboh Laut yang sering dinaiki air pada musim hujan.
Katanya, jika ia berpunca dari saliran anak sungai berhampiran yang tidak lancar ia perlu diatasi dengan segera untuk keselesaan penduduk.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, masalah limpahan air yang sering berlaku di kawasan perkampungan itu pada musim hujan boleh diatasi dengan pemasanagn benteng gabion dan menimbus tebing yang rendah.
Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau Kampung Toboh Laut yang dinaiki air kelmarin.
“Saya telah menghubungi pihak JPS berkaitan masalah ini, kita berharap agar ia dapat diambil tindakan segera” jelasnya.
Sementara itu Pengerusi JPKK kampung itu Nuil Gilong berkata, masalah limpahan air di kawasan perkampungan sering berlaku selepas sahaja hujan lebat.
“Ini menimbulkan kerisauan pemduduk terutama pada musim hujan, kami berharap masalah ini dapat diatasi segera” katanya.
Turut sama pada lawatan itu, Ketua Kampung Jeffrus Antionius dan Pengerusi JPKK Nuil Gilong.