George (kanan)menyampaikan mesin pemotong rumput kepada Pengerusi JPKK Kampung Pogun Antolob Iderend Abie.
KENINGAU:Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung ( JPKK) Kampung Pogun Antolob dan Kampung Nuntunan masing-masing menerima sumbangan mesin pemotong rumput daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Kedua-dua badan JPKK berkenaan masing-masing menerima dua set mesin pemotong rumput.
Pemaju Mukim di Unit UPPM N.40 Bingkor George Dairie mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menyampaikan mesin pemotong rumput itu kepada Pengerusi JPKK Kampung Pogun Antolobs Iderend Abie.
Manakala sumbangan mesin pemotong rumput bagi Kampung Nuntunan disampaikan oleh Pemaju Mukim Mukim UPPM N.40 Bingkor Rahman Bidin kepada Pengerusi JPKK Kampung Nuntunan Bibiana Lasius.
Rahman (kiri)menyampaikan mesin pemotong rumput kepada Pengerusi JPKK Kampung Nuntunan Bibiana Lasius.
Kedua-dua Pengerusi JPKK tersebut melahirkan rasa terima kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinan menyumbangkan mesin rumput tersebut.
Iderend berkata, dengan adanya mesin tersebut sudah tentu mempermudahkan kerja-kerja penduduk bagi membersihkan kawasan kampung khususnya kawasan-kawasan yang ada bangunan kerajaan di kampung berkenaan.
Sementara itu berharap dengan adanya kemudahan itu, kawasan kampung sentiasa bersih dan tidak ditumbuhi rumput.
Pada masa sama beliau meminta penduduk agar bersatu dan bekerjasama di antara satu sama yang lain, dalam menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan kampung.