26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JPBD Labuan ucap terima kasih kepada Kerajaan

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) menzahirkan penghargaan ucapan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dalam  membantu Labuan menagani penularan wabak COVID 19 yang membimbangkan.

JPBD Labuan juga turut menzahirkan penghargaan yang sama kepada  empat Menteri Persekutuan yang lain iaitu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia. Dato Sri Adam Baba,  Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Santhara Kumar a/l Ramanaidu.

Pengerusi JPBD Wilayah Persekutuan Labuan.  Rithuan Ismail berkata, program pemvaksinan Covid 19 di pulau ini telah mendapat perhatian serius dari kerajaan dengan cadangan menjadikan Labuan sebagai negeri pertama untuk mencapai pemvaksinan sekurang kurangnya 80%  dari jumlah penduduknya yang layak menerima suntikan vaksin dan sekaligus menjadikan  Labuan sebagai wilayah pertama mendapatkan perlindungan berkelompok.

“Bagi tujuan itu, pembekalan vaksin akan dihantar secara berperingkat dan penghantaran pertama akan terima melibatkan 30,000 dos vaksin bermula minggu kedua bulan Jun.

 “Pelbagai program telah dirancang oleh jabatan peneraju iaitu Jabatan Kesihatan  Negeri  Wilayah Persekutuan  Labuan Bersama  JPBD, Perbadanan Labuan (PL) dan  beberapa agensi kerajaan  yang lain” katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin  (PPV) yang baharu di dewan Kolej
Matrikulasi Labuan (KML) pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd  Hafiez Daud.

 
Menurut Rithuan, program  tersebut juga telah diperkasakan dengan penglibatan aktif  Pejabat  Ahli Dewan Negara,   dan Pejabat Ahli Perlimen  Wilayah Persekutuan Labuan,  pemimpin-pemimpin tempatan, ketua-ketua kampung, Majlis Perwakilan Penduduk, (MPP) serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Jelasnya lagi, sebagai langkah memastikan program ini berjalan lancar dan mencapai objektif beberapa  program  dan strategi   lain  akan dijalankan antaranya, membuka lebih banyak PPV baharu seperti di Kolej Matrikulasi dengan kekuatan 1500 suntikan sehari.

Katanya, PPV Kolej Matrikulasi Labuan  akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pejabat  Ahli Dewan Negara  dan Pejabat Ahli Parlimen serta Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) untuk penyelarasan penduduk yang akan di vaksinkan.

JBPD juga akan membuka PPV Taman Mutiara di Klinik Kesihatan Taman Mutiara dengan kapasiti suntikan 300 sehari.

“Pembukaan PPV yang baharu ini akan meningkatkan keupayaan sedia ada iaitu daripada 1200 suntikan kepada 3400 suntikan sehari.

Selain itu katanya, JPBD juga merancang untuk membuka dua lagi PPV baharu masing masing  di UMSKAL   dan di  Dewan  Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Rancha-Rancha.

“JPBD juga akan menyerdiakam tiga pasukan bergerak (Mobile Team) masing masing akan digunakan   di kawasan penempatan warga asing, kawasan jeti dan perkapalan serta  untuk penghantar makanan.

Dalam waktu yang sama JPBD jugaakan menyedaiakan perkhidmatan pandu lalu (Drive True)  untuk pemvaksinan dos kedua di ruang  antara Medan Selera Labuan dan  gelanggang Boling Padang di Kompleks Sukan Air Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN