Gambar – MOHD DZULFAIZAL (tiga kanan) mengetuai sukarelawan Privo mengedarkan kupon vaksin kepada penduduk kampung yang berkunjung di salah sebuah pasaraya mini di sini, petang kelmarin.
Oleh: Jainudin Djimin
LABUAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan proses pemberian vaksin kepada penduduk kampung berjalan dengan lancar.
Pengerusi JPBD, Rithuan Ismail berkata, MPP xon Labuan telahpun diminta untuk mengedarkan kupon vaksin kepada penduduk kampung bagi memudahkan mereka diberi perlepasan ketika melalui pos kawalan Sekatan Jalan Raya (SJR).
“MPP telahpun diminta mengedarkan kopun vaksin secara aktif di peringkat zon yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha Jawatankuasa Khas COVID 19 (CITF) Labuan untuk mempercepatkan vaksinasi selaras dengan matlamat kerajaan menjadikan Labuan sebagai wilayah pertama di negara ini yang mencapai sasaran imuniti kelompok pada pertengahan Julai” katanya.

Sementara itu Pengerusi MPP Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab Manan menjelaskan pihaknya telah mula mengedarkan kupon kepada penduduk kampung yang layak menerima vaksin melalui Sukarelawan Wilayah Prihatin (Privo) petang kelmarin sebaik sahaja arahan diterima daripada JPBD.
“Kami telahpun mula bergerak ke beberapa lokasi strategik yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasaraya mini dan kedai runcit untuk mengedarkan kupon vaksin” katanya selepas mengetuai pengedaran kupon di salah sebuah pasaraya mini di sini, petang kelmarin.
Mohd Dzulfaizal turut menasihatkan kepada penduduk kampung yang telah menerima kupon tersebut supaya hadir ke pusat PPV KML mengikut jadual yang telah ditetapkan berdasarkan Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan.