Oleh: Salwah Aramat
RANAU : Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin turut ‘Turun Padang’ menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada rakyat akar umbi di daerah ini yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan Covid-19.

Antara lokasi yang dikujungi Jonathan sambil mengagih-agihkan peralatan Penutup Hidung dan Mulut (Mask) serta alat Pembasuh Tangan ‘Senitizer’ ialah pekan Kundasang, para petugas Sekatan Jalan Raya terdiri anggota Polis diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Rela di beberapa lokasi.
Manakala penyerahan barangan berupa keperluan dapur seperti beras, telur, minyak masak dan sebagainya kepada 18 orang penerima di Kg. Togis, 27 orang di Kg. Perancangan, 20 penerima di Kg. Takutan dan 30 orang di Kg. Nalumad, yang diwakili Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Lajim Bin Haji Abd. Momen.

Kesemua penerima terdiri kalangan Ibu Tungal, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Sakit, Miskin Tegar dan Warga Emas.
Terdahulu, beberapa buah kampung di daerah ini telahpun menerima bantuan yang sama dan akan diteruskan dari masa ke semasa sepanjang tempoh PKP.
Jonathan ketika ditemui, mengharapkan kepada penduduk agar sentiasa mematuhi arahan kerajaan bagi mengatasi penularan Coronavirus yang kini menular seluruh dunia.

“Satu cara yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada jangkitan wabak tersebut adalah ‘Stay At Home’ di rumah masing-masing sehingga arahan PKP yang dijangka berakhir 14 April”, jelas Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau. –TAMAT–



