26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jonathan teruskan pembiayaan percuma kos rawatan, perubatan pesakit dalam wad Hospital.

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan
Yasin memberitahu, pihaknya akan mengekal pembiayaan kos perubatan kepada warga Ranau yang menerima rawatan di mana-mana Hospital kerajaan meskipun peruntukan Kebajikan dari kerajaan pusat dikurangkan.

Menurut Datuk Jonathan, pembiayaan kos rawatan pesakit kepada penduduk Ranau yang dirawat di hospital kerajaan sejak 2021 akan diteruskan meskipun peruntukan kebajikan dari kerajaan telah dikurangkan mamun pembiayaan tetap dikekalkan tanpa memilih kaum, agama dan fahaman politik.

Beliau juga mengharapkan kepada staf (kakitangan) Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau supaya meneruskan usaha menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing demi rakyat daerah Ranau”,jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (CNY) peringkat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen P.179 Ranau, yang walaupun diadakan secara santai namun, ia mampu mempupuk perpaduan dan persaudaraan dikalangan kakitangan pejabat berkenaan yang dihadiri lebih 20 orang staf termasuk beberapa orang WKAN Ranau pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Parlimen 3, Ranau, selaku Pengerusi majlis itu, Chong Pehing dalam  ucapannya memberitahu, majlis itu meskipum secara sederhana, namun mampu menyemarakkan persaudaraan sedia terjalin dengan Datuk Jonathan serta staf  pejabat Parlimen Ranau.

“Kita sama-sama merayakan CNY sebagai persaudaran antara semua kaum dan agama seperti juga perayaan yang lain”, jelas Chong Pehing sambil berterima kasih atas kehadiran Datuk  Jonathan.

Beliau berterima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan serta rakan-rakan sepejabat ke majlis itu yang akan dijadikan sebagai satu acara tahunan bagi menyemarakkan sambutan tahun baharu Cina setiap tahun.

Menyerikan suasana majlis itu ialah pengagihan  ‘Angpau’ oleh  Chong Pehing disusuli  jamuan makan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN