OLEH: JAINUDDIN NASIR
RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II (KDN), Jonathan Yasin menyeru seluruh rakyat akar umbi di negara ini, agar terus mematuhi arahan kerajaan bagi menangani penularan Covid-19 yang kini telah mengorbankan ribuan nyawa manusia seluruh dunia.
Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau menegaskan , jika rakyat tidak serius untuk sama-sama membendung penularan Covid-19, maka sudah tentu bala besar akan menimpah ke atas rakyat itu sendiri.
“Dengan sebab itu, kerjasama semua rakyat adalah amat penting tanpa mengira suku kaum, agama dan idologi politik bagi mengekang jangkitan Coronavirus tersebut”,jelas Jonathan ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada ribuan penduduk dari puluhan buah kamppung di kawasan Parlimen Ranau meliputi, DUN Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan baru- baru ini.
Menyentuh sumbangan itu, Jonathan memberitahu bantuan yang disampaikannya itu adalah bagi meringankan beban rakyat yang dikenalpasti terjejas berikutan PKP yang di jangka berakhir 14 April.
Beliau seterusnya merakam penghargaan dan terima kasi kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM, ATM dan Rela kerana melaksanakan tanggungjawab serta arahan daripada kerajaan menguat-kuasakan PKP dengan lancar serta teratur. – TAMAT–