Datuk Jonathan melepaskan peserta Mesilou be Enduro Open.
RANAU: Timbalan Menteri Dalan Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menyeru golongan belia agar mengamalkan disiplin diri yang terbaik dan bijak merancang serta menganjurkan program serta aktiviti yang bolah mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan komuniti setempat.
Datuk Jonathan berkata, para belia juga perlu melibatkan diri dengan aktiviti sihat dan menghindarkan diri daripada kegiatan tidak bermoral seperti menagih dadah, mencuri dan merosakkan harta benda awam.
Datuk Jonathan menyatakan demikian ketika merasmikan program ‘Mesilou Enduro Open Challenge’ 2021, anjuran Mesilou Volunteer Club di Masilou Kundasang baru-baru ini melibatkan 150 orang peserta dari Kota Kinabalu, Tawau, Pitas, Kota Marudu dan Ranau.
Hadiah-hadiah telah ditaja oleh para pengusaha Inap Desa (Homestay) Kundasang manakala, hadiah-hadiah utama adalah sumbangan Datuk Jonathan.
Pengerusi Kelab Belia Mesilou, Ahmad Sam Bin Gupili ketika ditemui, merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran dan sumbangan Datuk Jonathan dalam membantu menjayakan kejohanan lasak tersebut dalam bentuk kewangan dan hadiah berupa piala.
“Kami para belia disini amat memerlukan sokongan daripada Datuk Jonathan bagi pengurusan kejohanan lebih besar ‘Kejohanan Terbuka Malaysia’ masa akan”, tambah Ahmad.
Keputusan kejohanan bagaimanapun, belum dapat diperoleh penulis setakat artikel ini di tulis.