30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jom Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf

KENANGAN…Redonah bergambar kenangan berdama anal-anak yatim selepas Program Jom Shopping Ray

KOTA MARUDU: Seramai 50 anak-anak yatim dan asnaf dibawa membeli-belah pakaian raya oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda di Gudang More Chance dan  Servay Kota Marudu  pada Sabtu lalu.

Program tersebut merupakan anjuran Kelab Belia Siber Kota Kinabalu bersama Perbadanan Baitulmal negeri Sabah

Menurut Redonah program ini menyasarkan 50 orang kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk membeli beberapa keperluan hari raya seperti baju raya, kasut dan kelengkapan lain yang berkaitan.

‘Saya harap program ini sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban kanak-kanak ini untuk persiapan hari raya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini khususnya Kelab Belia Siber Kota Kinabalu dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah atas inisiatif untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN