31 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Disember 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JKR TUMPU PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN INSFRASTRUKTUR

BINCANG..Tun Juhar sempat berbual bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dan Bung sebelum kerberangkatan balik meninggal DUN.

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya (JKR) Sabah akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap semua projek yang dirancang dan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri khususnya yang berhubung kait dengan kementerian itu untuk dilaksanakan sepenuhnya bagi memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, JKR Sabah memainkan peranan penting dalam menyelia semua projek pembangunan insfrastruktur di negeri ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya ia berjalan lancar dan berkualiti tinggi.

Bung berkata, kerajaan telah melaksanakan dan merancang banyak projek pembangunan yang berimpak tinggi untuk rakyat di negeri ini seperti projek Lebuh Raya Pan Borneo, Pembesaran Sepanggar Bay Container Port, Jalan Kalabakan, Jalan-jalan kampung ,bekalan air bersih dan lain-lain

“Semua ini memerlukan fokus terutama projek-projek di bawah kawalan JKR yang memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pegawai sebagai pelaksana dengan memastikan sistem penyampaian yang berkualiti dan efisien agar mencapai sasaran sebagaimana harapan rakyat di negeri ini, ” katanya.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian sebagai mengulas ucapan Dasar kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah, Tun (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin bersempena dengan pembukaan rasmi persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke 16 di DUN, kelmarin

Tun Juhar dalam ucapannya turut menyentuh usaha kerajaan negeri untuk terus memberikan keutamaan kepada pembangunan infrastruktur dan utiliti di luar bandar ini termasuk peningkatan liputan jalan raya, penyediaan bekalan air bersih dan terawat ,penambahbaikkan sistem pengangkutan awam, penyediaan sistem pembentungan, penyediaan bekalan elektrik serta kemudahan pelabuhan dan logistik yang efisien.

Dalam hubungan ini, kata Bung, JKR Sabah harus cekap dan menggunapakai teknologi terkini dalam melaksanakan projek serta mempertingkatan perkhidmatan dan perlu bagi kementerian ini mengetengahkan penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan.

Menurut Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lamag Belanjawan 2021 Sabah menerima dana Pembangunan sebanyak RM5.1 Bilionn yang perlu dilaksanakan sebagai pemangkin untuk mentransformasikan infrastuktur di negeri ini.

“Proses kerja-kerja atau strategi lama yang tidak sesuai, kita perlu kaji semula dan perbaiki terutama dalam sistem penyampaian apa lagi kita akan berhadapan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di mana bilangan projek akan bertambah selaras dengan perubahan landskap politik semasa yang memerlukan kesungguhan semua pegawai untuk melaksanakanya, ” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN