30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JKN Labuan terima peralatan elektonik bernilai RM60,000 sumbangan tiga Syarikat industri Perkapalan

SERAH…Kalithasan A/L Raman (empat kanan) menyerahkan secara simbolik peralatan elektronik kepada Ismuni (empat kiri)


LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Wilayah Persekutuan Labuan menerima pelbagai peralatan eletronik bernilai RM60,000 sumbangan daripada tiga buah syarikat industri perkapalan yang beroperasi dengan syarikat Megah Port Management (MPM).


Tiga syarikat industri perkapalan tersebut masing masing, Sailion Shipping Sdn. Bhd, Lion Transport Sdn. Bhd dan Lion Shipcare Sdn. Bhd.


Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Labuan yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Keselamatan, Lion Tranport Sdn, Bhd, Kalithasan A/L Raman mewakili ketiga-tiga syarikat berkenaan kepada Pengarah JKN Labuan, Dr. Ismuni Bohari.


Terdahulu Kalithasan ketika ditemui berkata sumbangan tersebut sebagai usaha bersama-sama membantu dan menghargai jasa dan peranan petugas barisan hadapan dalam membendung wabak COVID 19.

“ Semoga dengan sumbangan tersebut dapat memberi manfaat kepada JKN Labuan dan membantu barisan hadapan yang telah berjuang mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan masa serta tenaga dalam menangani wabak COVID 19 yang melanda Negara ketika ini” katanya.


Jelasnya lagi, penularan wabak COVID 19 ketika ini telah mengubah corak kehidupan manusia serta mendatangkan kesan kepada pemain-pemain industri terutamanya industri perkapalan yang berdepan situasi sukar berpanjangan berikutan kesan pandemik COVID 19.


Sementara itu, antara peralatan elektronik yang disumbangkan pada majlis itu ialah 11 unit mesin pencuci pelbagai jenama, 15 unit kipas angin, 16 unit Thermometer Medical Infrared, 4 unit Haier Dryer, 20 unit Omron Blood Pressure set, 3 unit Water Dispenser dan 7 unit Air Purifier Machine.


Hadir sama pada majlis itu, Ketua Bahagian Pejabat Pengarah Urusan Megah Port Management (MPM) Sdn, Bhd., Penolong Pengurus Bahagian Sumber Manusia, Lion Shipcare Sdn. Bhd, Marzianna Ismar dan Ketua Bahagian Pentadbiran Megah Port Management Sdn, Bhd, Azlizawati Md. Yusuff.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN