24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JKN Labuan melaksanakan Pengesanan Kes Aktif Agresif (ACD) COVID 19

SARINGAN….. Pegawai Kesihatan Labuan ketika menjalankan Ujian Saringan COVID 19 melalui Program Pengesanan Kes Aktif Agresif (ACD)

LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Wilayah Persekutuan Labuan kini mengambil langkah lebih proaktif dengan menjalankan ujian saringan COVID 19 melalui program Pengesanan Kes Aktif (ACD) secara bersasar melibatkan kawasan yang berisiko tinggi dan juga di beberapa kominiti setempat.

Pengarahnya, Dr Ismuni Bohari dalam satu kenyataan di media sosialnya berkata program tersebut dilaksanakan susulan peningkatan mendadak kes positif COVID 19 sejak beberapa minggu yang lalu.

“Kami menjangkakan program Pengesanan Kes Aktif Agresif (ACD) di kawasan bersasar ini akan meningkat berbanding laporan sebelum ini… ini kerana kita telahpun menjalankan ujian saringan di beberapa kawasan yang penduduknya padat dengan warga asing terutamanya di dua perkampungan penempatan UNCHR di kampung Muslim dan juga Kiamsan|”, katanya.

SEBAHAGIAN….penduduk kampung Tanjung Aru yang menjalani ujian saringan COVID 19 yang diadakan di balai raya kampung berkenaan pada Selasa.

Selain itu JKN juga akan mencari individu yang tidak disaring yang berkemungkinan positif COVID 19 berikutan munculnya beberapa kluster baru yang telah dikesan berisiko tinggi dalam penyebaran penyakit ini kepada kepada masyarakat setempat yang lain.

Sementara itu, bermula pada Isnin pihaknya telah memulakan program Pengesanan Kes Aktif ADC ini di dua buah komuniti masing-masing di Kampung Tanjung Aru dan Lajau sebelum ianya diperluaskan lagi ke beberapa buah kampung yang lain.

Jelasnya, Labuan telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari 17 hingga 30 Oktober dan telah dilanjutkan lagi untuk tempoh 14 hari sehungga 13 November ini.

Sehingga Selasa, Labuan telah mencatatkan sebanyak 592 kes dengan lima kluster yang masih aktif, masing-masing kluster Saguking dengan 262 kes, Tenaga (57), Limbungan (41), Bina (24), Titian (13) dan Bundle (31) .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN