Datuk Jimmy (kiri) menerima Surat Perlantikan Ketua Masyarakat Cina DUN Paginatan, disampaikan Datuk Abidin disaksikan yang hadir.
RANAU: Pengerusi Persatuan Hakka daerah yang juga Presiden Dewan Perniagaan Tionghua daerah ini, Datuk Jimmy Tham Than Yuk Leong, telah dilantik sebagai Ketua (Kapitan) Masyarakat Cina bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Paginatan.
Surat perlantikan itu yang dikeluarkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah disampaikan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir di rumah kediaman Datuk Jimmy di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Datuk Jimmy ketika ditemui, merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Abidin, atas kepercayaan dan perlantikan itu sambil menyatakan kesediaannya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.
“Perlantikan ini, bukanlah suatu yang membanggakan, sebaliknya satu tanggungjawab bukan sahaja kepada masyarakat Tionghua, malah melibatkan kemajuan lapisan masyarakat seluruhnya tanpa memilih kaum, Agama dan idologi politik”, jelas Jimmy.
“Harapan Kita bersama supaya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi kerajaan Parikatan Nasional (PN) akan meningkatkan kemajuan infrustruktur pembangunan DUN Paginatan terutamanya dalam aspek menaiktaraf bekalan air bersih, letrik dan kemudahan jalan raya yang sempurna untuk memberi manfaat kepada rakyat akar umbi di DUN Paginatan.
“Kita sekarang masih mendepani penularan pandemik Covid-19, justeru rakyat harus mematuhi Standard Operasi Prosidure (SOP) yang di tetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19”, jelasnya sambil menyeru lapisan masyarakat supaya, lebih bersedia untuk menyertai program Imunisasi Vaksin Covid-19 sebagai benteng diri daripada jangkitan wabak tersebut.
“Lindung Diri, Lindung Semua”, tambah Jimmy.
Hadir sama pada majlis ringkas itu ialah, Bendahari Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Chin Yun Hing, Presiden Persatuan Restoran Persahabatan Sabah (mantan Ketua Menteri Sabah), Datuk Seri Panglima Yong Tet Lee, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau,Tiu Fui Khiong, Penasihat Gabungan Persatuan Hakka dan Wilayah Persekutuan Labuan, Wong Kim Voon, Timbalan Setiausaha Global Union kepada Tsung Tsin Persatuan Hakka, Peter Lo Keen Fen dan Presiden Lion Club Manderin Kota Kinabalu, Dr.Chua Uei Chyi.