SIMBOLIK…Jumain (kiri) menyerahkan replika kunci van jenazah kepada Hj Mardan di majlis itu.
KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) memberikan sumbangan sebuah Van Jenazah untuk keperluan Masjid Nurhidayah Kg.Palu- Palu pada Rabu lalu di sini.
Majlis penyerahan Kunci Replika nya dilakukan di Bilik Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah di Wisma MUIS.
Penyerahan kunci itu dibuat oleh Pengarah JHEAINS, Datuk Jumain Abd.Ghani kepada Pengerusi Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu, Haji Mardan Dahlan.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Masjid, Ustaz Mohd.Safwan Abd.Wahab dan juga kakitangan JHEAINS.
Jumain berkata sumbangan JHEAINS ini untuk kemudahkan umat Islam di kampung itu apabila berlakunya musibah kematian dan untuk pengurusan jenazah ke tanah perkuburan.
Beliau meminta pengurusan Masjid Nurhidayah menjaga dengan baik kemudahan yang akan memberikan manfaat kepada umat Islam di perkampungan nelayan itu.
Sementara itu Haji Mardan merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah JHEAINS kerana sudi meluluskan permintaan penduduk di Kg Palu- Palu.
” Dengan adanya van jenazah ini, penduduk kampung tidak perlu lagi mencari van jenazah dari luar apabila berlakunya kematian,” katanya.
Beliau meminta penduduk kampung yang memerlukan perkhidmatan van jenazah itu boleh berhubung dengan pengurusan masjid Nurhidayah bila-bila masa saja.



