25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JELANI UCAP TAHNIAH 12 PEMAIN WANITA SABAH BAWA CABARAN SKUAD KEBANGSAAN

Sebahagian pemain wanita Sabah yang terpilih dalam skuad kebangsaan ke Palestin.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU–Penyenaraian 12 pemain wanita dari Sabah dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 membuktikan keupayaan mereka dalam membantu pasukan negara membawa cabaran dalam kejohanan itu.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Dr Jelani Hamdan, berkata pihaknya gembira dengan pemilihan mereka dalam skuad kebangsaan kerana membuktikan bahawa Sabah memiliki pemain wanita yang berbakat.

“SAFA mengucapkan tahniah kepada pemain terbabit dan berharap mereka akan bermain dengan baik untuk membantu skuad kebangsaan dalam kejohanan itu,” katanya di sini, hari ini.

Jelani

Menurut beliau, pemain-pemain berkenaan merupakan antara 23 pemain dalam skuad wanita kebangsaan yang sudah pun tiba di Palestin untuk menghadapi pusingan kelayakan kejohanan itu.

Katanya, 12 pemain dari Sabah itu termasuk empat yang mewakili pasukan wanita Sabah terdiri daripada Dadree Rofinus, Asma Junaidi, Jessica Susanne Mailu dan Pedrolia Martin Sikayun.

Manakala lapan pemain lagi ialah Siti Nurfaizah Saidin, Alice Mic Michael, Jaciah Jumilis, Eva Olivianie Antinus. Olevia Olga Sabrinus, Waitie Taming, Hentirtta Justine dan Hellma Emily Joinin. Mereka ini mewakili pasukan wanita di Semenanjung termasuk Melaka United dan Negeri Sembilan.

Jelani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bolaeepak Wanita SAFA memberitahu, seorang lagi pemain wanita negeri yang turut terpilih tidak dapat menyertai pasukan ke Palestin disebabkan menjalani kuarantin kerana didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, keadaannya tidak serius namun terpaksa menjalani kuarantin di Subang, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, skuad wanita Malaysia akan menentang pasukan Thailand dalam Kumpulan H pada Ahad ini dan kemudian bertemu tuan rumah, Palestin pada 22 September ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN