32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 26, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JBPM siapsiaga hadapi   tengkujuh  Monsun Timur Laut

GAMBAR: TAHNIAH…. Mohammad Hamdan menyematkan Pingat  Setia Bomba kepada Fareez Teo sambil diperhatikan  Ismaidi.

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  bersiap sedia menghadapi  peralihan Monsun Timur Laut yang  akan dijangka berlaku  bermula  bulan depan.

 Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid  berkata, Jabatan Meterologi Malaysia memaklumkan sepanjang tempoh itu kawasan dalam negara akan menerima tiupan angin yang berpotensi berlakunya banjir kilat serta angin kencang.

Jelasnya, enam negeri termasuk Sabah telah pun dikenalpasti dan dijangka akan  mengalami cuaca buruk dan kemungkinan berlakunya banjir akibat daripada peralihan tengkujuh Monsun Timur Laut.

“Enam negeri, termasuk Sabah, Kelantan, Terangganu, Pahang, Johor dan Sarawak dijangka mengalami cuaca buruk dan kemungkinan banjir” katanya kepada pemberita selepas Majlis  Penyampaian Anugerah Pingat Kebesaran JBPM dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan, Ismaidi Ismail.

Mohammad Hamdan berkata, kira-kira 12,000 anggota bomba di seluruh Negara telahpun  bersiap sedia menghadapi musim  tersebut dan sekiranya  keadaan bertambah  buruk  pihaknya akan mendapat bantuan daripada negeri  negeri berdekatan.

“JBPM juga telah meningkatkan keupayaan logistik dan tenaga kerja untuk bertindak balas dengan berkesan terhadap banjir dan membantu orang ramai sekiranya berlaku bencana” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, beliau menjelaskan  sejak Januari tahun ini, jabatan itu menerima sebanyak 115,000 panggilan kecemasan di seluruh negara.

“Secara purata, kami menerima kira-kira 400 panggilan kecemasan setiap hari, dan kami tidak pernah menjangkakan bahawa semasa pandemik COVID-19, kami akan menerima jumlah panggilan kecemasan yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau juga berkata kira-kira 1,300 anggota bomba di seluruh negara diuji positif COVID-19, kebanyakannya melibatkan jangkitan dalam komuniti.

“Sepanjang tempoh pendamik COVID 19  seramai dua anggota kita telah meninggal dunia dan kira-kira 1,300 anggota bomba dari seluruh negara  telah diuji positif COVID 19 kebayakannya melibatklan jangkitan dalam komuniti” tambahnya.

Pada majlis itu, dua anggota JBPM Labuan menerima pingat kebesaran  jabatan itu masing-masing Pegawai  Bomba Kanan, Fareez Teo Abdullah (Pingat Setia Bomba) dan  Pembantu  Tadbir JBPM Labuan, Sabarina Asnih (Pingat Cemerlang Bomba).

Manakala  seramai 15 anggota telah menerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN