Rithuan secara simbolik merasmikan Karnival Komuniti Kaselamatan Kebakaran sambil diperhatikan Abd. Rahman ( kiri sekali ), Wong ( tiga dari kanan) dan Supt. Wan Firdaus ( tiga dari kanan).
LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan terus mempergiat usaha memupuk budaya keselamatan kebakaran dalam kalangan masyarakat.
Ussha berterusan itu diterjemahkan menerusi penganjuran Karnival Komuniti Keselamatan Kebakaran 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarbangsa Labuan.
Karnival yang berlangsung dua hari bermula kelmarin itu menjadi platform meningkatkan kesedaran aspek keselamatan kebakaran yang menjadi tanggungjawab bersama, selain mengukuhkan kesiapsiagaan komuniti menghadapi sebarang kecemasan.
Pelbagai pengisian disediakan termasuk pameran keselamatan kebakaran, demonstrasi operasi menyelamat, simulasi Realiti Maya (VR), pemeriksaan kesihatan dan aktiviti interaktif yang melibatkan orang ramai.
Pada majlis sama, JBPM Labuan turut menyerahkan kemudahan Fire Point kepada Kampung Patau-Patau 2 dan Kampung Bebuloh bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan komuniti terhadap insiden kebakaran.
Majlis disempurnakan Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.
Hadir sama Pengarah JBPM Labuan Abd Rahman Ali, Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki dan Penguasa Kanan Bomba Satu (Kehormat) merangkap Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) Datuk Wong Kii Yii.



