27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JBPM Labuan lancar Kempen Keselamatan Kebakaran  dan Operasi Rondan

SIMBOLIK…. Fadhilah (dua kiri) dan Ismaidi ( dua kanan) melancarkan  Kempen Keselamatan Kebakaran dan Operasi Rondaan sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina di perkarangan bangunan Kompleks Ujana Kewangan Labuan.


LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan hari ini melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran dan Operasi Rondaan sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 1 Febuari depan.


Majlis pelancaran yang diadakan di perkarangan Kompleks  Ujana Kewangan Labuan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadhilah Mahmud, pagi Rabu.


Hadir sama, Pengarah JBPM Labuan, Ismaidi Ismail.

SERAH…. Ismaidi menyerahkan kit Keselamatan  Kebakaran kepada salah seorang peniaga di Kompleks Ujana Kewangan.


Ketika bercakap kepada pemberita, Ismaidi berkata 80 peratus anggotanya  termasuk pegawai  berada dalam keadaan siap siaga sepanjang tempoh perayaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.


Sementara itu katanya, sepanjang tahun 2021, pihaknya telah merekodkan  panggilan kecemasan sebanyak 1,295 dengan 758  daripadanya melibatkan panggilan penyelamatan dan 130 melibatkan kebakaran, manakala selebihnya tertumpu kepada panggilan tugas-tugas khas.


Menurut Ismaidi lagi, bagi tempoh yang sama, JBPM Labuan  berjaya menyelamatkan nilai harta benda keseluruhannya berjumlah lebih RM18,815,420 berbanding jumlah  kerugian sebvanyak RM4,213,830.


Turut diadakan  pemeriksaan beberapa  premis perniagaan di Kompleks  Ujana Kewangan serta menyerahkan kit Kempen Keselamatan kepada  peniaga dan pelanggan yang berada di kompleks berkenaan.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN