SIMSUDIN menyampaikan bakul makanan kepada asnaf sambil diperhatikan Abdul Rahman (lima dari kanan) dan Sukuran (tiga dari kiri).
LABUAN: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan menganjurkan program Ihya Ramadan Bersama asnaf yang diadakan di Dewan Kompleks Ibu Pejabat JBPM Labuan di di sini, pada Isnin.
Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd Taib serta beberapa Ketua Ketua Jabatan Kerajaan dan swasta.
Pada majlis itu seramai 50 golongan asnaf turut menerima sumbangan duit raya dan juga bakul makanan.
Pengarah JBPM Labuan, Abdul Rahman Ali ketika berucap pada majlis itu berkata, selain tugasan penyelamatan, pihaknya juga tidak ketinggalan melaksanakan program kemasyarakatan termasuk memgembirakan golongan asnaf menerusi Program Ihya Ramadan yang dianjurkan setiap tahun.
“Seperti tahun tahun sebelumnya JBPM Labuan terus menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai program di bawah Ihya Ramadan yang bertujuan menggalakkan kita meningkatkan Amal ibadah dengan istiqamah serta mengukukah ukhwah sesama kita” katanya.
Pada majlis itu Abdul Rahman turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa meningkatkan kesedaran kebakaran dan sentiasa berhati hati sepanjang musim perayaan.
“Pastikan langkah keselamatan di rumah diambil dengan serius termasuk memeriksa peralatan elektrik dan memastikan sumber api dipadamkan sebelum meninggalkan rumah”, katanya.



