28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

JAWI peruntukan lebih RM 1 juta untuk Labuan imarahkan bulan Ramadan

SERAH…..Bashir menyerahkan sumbangan Dapur It’Am Ramadan kepada salah seorang asnaf sambil diperhatikan Ajib (tengah) dan Fadzli (kanan sekali)

LABUAN: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memperuntukan lebih RM1 juta kepada Labuan bagi   program   mengimarahkan bulan Ramadan Al Mubarak.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib  Ismail berkata daripada jumlah itu sebanyak RM 795,000, di peruntukan untuk bantuan Ihya Ramadan yang akan disalurkan ke setiap masjid dan surau Jumaat dan surau biasa.

Setiap masjid akan menerima RM15,000, suray Jumaat diperuntukan sebanyak RM12,000, manakala bagi surau biasa menerima setiap RM11,000.

“ Peruntukan   yang keseluruhannya berjumlah lebih RM1 juta itu bertujuan  untuk mengoptimumkan program pengimarahan   masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan  serta pembaikan kecil dan penyaluran bantuan bagi manfaat kariah” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Program Penyampaian sumbangan Dapur It’am Ramadan yang disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada, pada Ahad.

Menurut Ajib lagi, pihaknya menerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  turut memperuntukan RM238,500  untuk diagihkan kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau  Jumaat. Setiap masjid dan surau Jumaat menerima RM7,450.00.

Pada majlis itu seramai 50 golongan asnaf dan fakir dari  komuniti Kampung Sungai Lada dan sekitarnya menerima wang tunai dan  bakul makanan yang membabitkan peruntukan keseluruhannya berjumlah RM120,000 sumbangan MAIWP.

Hadir sama, Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fazdli Md Saad, Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Supian Musa, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan dan Ketua Kampung Sungai Lada, Jali Mumin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN