25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor ziarah pesakit terlantar

Yazid menyerahkan sumbangan kepada Encik Akilis.

KENINGAU: Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menziarahi Encik Akilis Leem yang sedang sakit di Kampung Bingkor Baru.

Rombongan seramai sebelas orang itu diketuai oleh Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Yazid menyerahkan sumbangan kewangan kepada Encik Akilis manakala sumbangan barangan makanan yang diterima oleh Puan Anis Laji isteri Encik Akilis Leem yang disampaikan oleh Ketua Biro Kebajikan Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Encik Dani Richard.

Bersama Rombongan ziarah itu turut disertai oleh Datin Doris Jopirit, Isteri ADUN N.40 Bingkor Merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik@Nordin yang juga menghulurkan sumbangan kewangan.

Puan Anis Laji mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Turut serta ziarah itu ialah Imam Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Imam Juslin Ibrahim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kamaruddin Said dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN