28.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jauteh hadir Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ranau

Jauteh (tengah) menyaksikan penyerahan dan penerimaan tugas antara Simiun (kiri) dan Mursalin

RANAU: Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ranau diantara P/Supt. Simiun bin Lomudin kepada DSP Mursalin bin Mahmud telah diadakan di Dewan Serbaguna IPD Ranau pad ahari Khamis.

Majlis ini telah disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah, Datuk Jauteh bin Dikun.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, SAC Mohd Azhar Bin Hamin, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Ketua Polis Daerah Penampang, Ketua Polis Daerah Tuaran, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Ketua Polis Daerah Kudat, Ketua Polis Daerah Keningau, semua Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, ahli PERKEP dan kehadiran Ketua – Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Turut hadiri ialah Ahli Parlimen P. 179 Ranau, YB Datuk Jonathan Yasin, Adun Dilantik Negeri Sabah YB Datuk Hjh Amisah binti Yasin, wakil-wakil YB dan pesara polis.

Di majlis itu, Jauteh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Simiun di atas kenaikan pangkat beliau sebagai Ketua Polis Daerah Kota Marudu.

Simiun telah bertugas di Ranau sebagai Ketua Polis Daerah selama tiga tahun dan satu bulan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mursalin di atas pelantikan sebagai Ketua Polis Daerah Ranau yang baharu.

Difahamkan, beliau sebelum ini bertugas sebagai Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah IPD Tawau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN