31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Jasa, pengorbanan dan khidmat bakti para pesara kerajaan amat dihargai: Jonathan

KOIR…Datuk Jonathan (tengah) menyertai ahli PPKS Ranau mendendangkan lagu Kaamatan.

RANAU: Jasa, pengorbanan dan khidmat bakti para pesara kerajaan amat dihargai dan disanjung tinggi kata Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Beliau berkata, sumbangan dan buah fikiran yang bernas para pesara masih diperlukan dalam konteks pembangunan khususnya bagi daerah Ranau.

“Sumbangan berupa idea dan buah fikiran daripada para pesara masih kita perlukan untuk membangunkan daerah Ranau termasuklah yang memberi manfaat kepada penduduk setempat”, jelas Jonathan ketika berucap merasmikan majis Sambutan Kaamatan Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) di Dewan Mini Kg. Sinarut  Baru, di sini pada Sabtu.

Jonathan juga turut memuji PPKS Ranau kerana berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti  kebajikan sepanjang tahun termasuklah menganjurkan majlis Sambutan Kaamatan yang mampu memupuk perpaduan, persaudaraan dan keharmonian dikalangan ahli persatuan dengan masyarakat setempat.

“Kejayaan  menganjurkan program seumpama ini tentunya memerlukan kerjasama bersepadu dikalangan ahli persatuan dengan sebab itu perlu diteruskan pada masa akan datang”, katanyanya.

Sementara itu, Jonathan turut meluluskan  peruntukan kewangan  berjumlah RM5,000 (lima ribu) untuk membiayai aktiviti dan program PPKS Ranau.

Terdahulu, Pengerusi PPKS Ranau, Aloysius Labi dalam ucapannya mewakili persatuan merakam penghargaan dan terima kasih atas kesudian Jonathan untuk hadir seterusnya  merasmikan majlis tersebut.

“Kami menyifatkan kehadiran beliau (Jonathan) ke majlis ini sebagai satu motivasi  untuk kami terus berpersatuan”, jelas Aloysius.

Majlis diserikan dengan persembahan Koir Kaamatan,Pertandingan Masakan Tradisi Halal dan  lagu-lagu menerusi Karaoke.

Turut bersama lebih 50 orang pesara yang hadir pada majlis itu ialah, Ketua Daerah Ranau, Muhasip Haji Roman (mantan Guru Besar) dan Karim Adam (mantan ADUN Kundasang yang juga mantan seorang  pendidik).

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN