25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Japiril garis Pelan Tindakan Pembangunan Kundasang lima tahun kehadapan

Japiril terus mendekati warga Kundasang tanpa mengira lapisan umur, latarbelakang dan fahaman


KUNDASANG: Calon SAPP bagi DUN N36 Kundasang, Datuk Japiril Suhaimin menggariskan lapan teras Pelan Tindakan Pembangunan kawasan Kundasang bagi tempoh tahun 2026-2030 sebagai misi dan visi beliau dalam PRN-17 ini.


Salah satu teras yang diketengahkan beliau ialah Pentadbiran Berintegriti dan Khidmat Rakyat yang bermatlamatkan tadbir urus kampung yang telus, adil dan berkesan.


Teras kedua melibatkan Ekonomi Tempatan, Tanah dan Keusahawanan yang dilihat mampu membangun ekonomi desa yang mampan, moden dan berdikari berdasarkan pembangunan pertanian dan keusahawanan.


Seterusnya, Japiril memberi tumpuan kepada Pendidikan, Belia dan Wanita di mana beliau berharap teras ini dapat melahirkan masyarakat berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.


Satu lagi penumpuan yang diberikan adalah dalam hal Sukan, Insaniah dan Kebajikan kerana aspek tersebut dapat membentuk masyarakat yang sihat, berakhlak dan juga prihatin.


Teras seterusnya ialah berkaitan dengan Tradisi, Seni Budaya dan Adat, di mana matlamat teras ini ialah untuk memperkukuhkan identity budaya dan adat tempatan yang menjadi warisan turun-temurun.


Selain itu, Japiril juga memberikan tumpuan kepada Pelancongan dan Alam Sekitar yang dilihat akan dapat mengembangkan pelancongan lestari serta memelihara alam semula jadi di kawasan Kundasang.


Teras ketujuh memfokuskan tentan Infrastruktur dan Perkhidmatan Asas di kawasan ini yang melibatkan penyediaan kemudahan moden, selamat dan inklusif seperti penaiktarafan jalan kampung, bekalan air bersih, internet dan sebagainya.


Akhir sekali, beliau turut memberi fokus khusus kepada Wanita dan Belia Berdaya Maju, di mana matlamat teras ini adalah bagi memperkasa peranan wanita dan belia dalam pembangunan sosial dan ekonomi.


Semntara itu, rata-rata penduduk yang ditemui di sini menyatakan sokongan mereka kepada Japiril dan memuji pembentangan pelan tindakan lima tahun yang dilakukannya dengan jelas dan berwawasan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN