Jangan pertikai tindakan Polis melaksanakan penguatkuasaan SOP PKP: Yazid

OLEH: MARUTIN ANSIUNG

“Ambillah iktibar apa yang sudah berlaku, sebagai satu pengajaran kepada kita sebagai rakyat yang setia kepada kerajaan dan YDPA”

Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik

KENINGAU:Jangan pertikai tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)yang melaksanakan penguatkuasaan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)bagi membendung penularan pandemik Covid-19, lebih baik merayu-rayu jika sudah melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Ketua Task Force Biro Agama Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Bingkor Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik berkata, PDRM bersama petugas barisan hadapan yang lain bertindak berpaksi kepada peraturan dan undang-undang serta Akta yang telah diwartakan dan diperkenan oleh Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan KDMTV yang mempertikai tindakan PDRM mengompauan lapan orang penumpang dan pemandu van sapu di jalan Kemabong – Tenom baru-baru ini.

“Ambillah iktibar apa yang sudah berlaku, sebagai satu pengajaran kepada kita sebagai rakyat yang setia kepada kerajaan dan YDPA” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini.

Mengulas tindakan ADUN Melalap Datuk Peter Anthony yang sanggup membayar kompaun kesalahan mereka yang terbabit Yazid berkata, tindakan itu adalah wajar bagi seorang wakil rakyat membantu rakyat tetapi dari sudut yang lain ia seolah-olah menggalakkan rakyat melanggar SOP PKP.

Yazid juga bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali menyifatkan laporan KDMTV yang tular di media sosial sebagai satu provokasi kepada PDRM.

Katanya, laporan KDMTV kelihatan berat sebelah kerana ada unsur-unsur yang terancang untuk menjatuhkan imej kerajaan dan petugas barisan yang menguatkuasakan pelaksanaan SOP PKP.

Mengenai pelanjutan PKP sehingga 18 Februari ini Yazid berkata, ia adalah usaha kerajaan untuk melandaikan dan memutuskan rantaian Covid-19.

“Ayuh kita bantu KKM dan MKN, patuhi SOP yang ditetapkn dan kita berikan kerjasama pada PDRM, Tentera dan Rela supaya pelaksanaan PKP dapat berjalan dengan baik” jelasnya.